Berita Terkini

Photos from Alumni Samura (Alumni Sekolah Menengah Sains Muar)'s post

23 Oct 2019 1:07 pm

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR (ALUMNISAMURA) AKAN BERKERJASAMA DENGAN SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR (SAMURA) UNTUK MENGANJURKAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT KEBANGSAAN BAWAH 13 / 14 DAN 16 TAHUN ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI SAMURA NATIONAL SOCCER CHAMPIONSHIP (NSC) BUAT KALI KE-5 PADA 16 DAN 17 NOVEMBER 2O19 730 PAGI BERTEMPAT DI PADANG SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR.

TUJUAN PENGANJURAN KEJOHANAN INI ADALAH UNTUK MENGENAL PASTI BAKAT-BAKAT BARU DALAM SUKAN BOLA SEPAK DI SETIAP PERINGKAT AGAR MEREKA INI MENDAPAT PENDEDAHAN YANG SEWAJARNYA.

SELAIN ITU, KERJASAMA DI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DARI SELURUH NEGARA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN AKAN DAPAT DIPERTINGKATKAN KE SATU ARAS YANG LEBIH TINGGI.

SEBANYAK 15 BUAH SEKOLAH DARI SEKITAR JOHOR, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, KUALA LUMPUR DAN PERAK TERMASUK SMS SAINS MUAR SEBAGAI PENGANJUR TELAH MENGESAHKAN KEHADIRAN MEREKA DI DALAM KEJOHANAN INI.

DIJANGKAKAN TERDAPAT 36 PASUKAN TERDIRI 15 ORANG PEMAIN SETIAP PASUKAN DARI PERINGKAT UMUR 13, 14 DAN 16 TAHUN AKAN BERADU KEBOLEHAN DAN KECEKAPAN YANG AKAN DIKAWAL SELIA OLEH PENGADIL-PENGADIL BERPENGALAMAN.

TAMBAH NILAI PADA KEJOHANAN TAHUAN INI ADALAH KEJOHANAN JEMPUTAN ALUMNI 4 PENJURU SBP/ANSARA AKAN DIPERKENALKAN BUAT PERTAMA KALINYA DIMANA PASUKAN ALUMNI DARI SETIAP SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERKAITAN AKAN DIJEMPUT UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN TERSEBUT.

PROMOSI AKAN DIBUAT MELALUI PENGEDARAN RISALAH ATAU BAHAN CETAK MENGENAI KEJOHANAN INI 2 MINGGU SEBELUM :-

1. DI SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN.
2. DI SURAU-SURAU DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN
3. DI PUSAT-PUSAT MEMBELI BELAH
4. DI STESYEN-STESYEN MINYAK

HEBAHAN JUGA AKAN DIBUAT MELALUI HALAMAN SOSIAL SETIAP SEKOLAH YANG BERKENAAN 3 MINGGU SEBELUM
‘BANNER’ AKAN DIGANTUNG PADA LOKASI STRATEGIK 2 MINGGU SEBELUM DAN SELEPAS KEJOHANAN.

‘BUNTING’ AKAN DIGANTUNG DI TIANG LAMPU UTAMA DI SEKITAR SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR 7 HARI SEBELUM KEJOHANAN.

PELEKAT KENDERAAN AKAN DIBERIKAN SECARA PERCUMA KEPADA PARA PENONTON YANG HADIR PADA HARI KEJOHANAN.

KAMI AKAN MENJEMPUT WAKIL- WAKIL MEDIA UTAMA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SUPAYA HEBAHAN DAPAT BUAT SECARA MENYELURUH.

BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGANJURAN KEJOHANAN INI, KAMI MEMERLUKAN TAJAAN DARIPADA PIHAK SWASTA DAN BADAN KORPORAT UNTUK MENAMPUNG KOS PENGANJURAN KEJOHANAN.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI DENGAN RENDAH DIRI INGIN MEMOHON TAJAAN DAN SUMBANGAN IKHLAS DARI MANA-MANA PIHAK YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENAJA UTAMA DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN KEWANGAN MAHUPUN BARANGAN BAGI MENJAYAKAN PENGANJURAN KEJOHANAN INI.
KAMI MENYEDIAKAN PAKEJ-PAKEJ TAJAAN MENGIKUT JUMLAH TAJAAN YANG DIBERIKAN. SILA RUJUK KE APPENDIX B.

TAJAAN DAN SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN RASMI ALUMNISAMURA SEPERTI MAKLUMAT DIBAWAH :

ALUMNISAMURA
MAYBANK – 5516 3200 0906
JOHORE PREMIUM OUTLET (JPO)
RUJUKAN : NSC / EMAIL ADD : alumnisamura@gmail.com
Tarikh Tutup : 1 NOV 2019

Untuk maklumat lanjut, hubungi
Zailan Bin Wagi (019-7714991)
Sarah Azreen Abd Samat (012-3245222)
Mokhsin Suratman (012-7090404)

Show

Lupa password?

  

Show

Lupa password?

Sila isikan alamat email yang anda daftarkan sebelum ini. Anda akan mendapat password rawak baru di sana.

Kembali ke Login

Tutup