Berita Terkini

Photos from Alumni Samura (Alumni Sekolah Menengah Sains Muar)'s post

15 Oct 2019 4:54 pm

*Kenyataan Rasmi GPASBP berkaitan Debat PTR Bahasa Inggeris*

Sehubungan dengan kisah Piala Tun Razak, khususnya di peringkat pra-suku akhir debat Bahasa Inggeris yang berlangsung pada 13 Oktober 2019 yang lalu , GPASBP (Gabungan) berpendirian bahawa perkara sedemikian tidak sewajarnya dibiarkan berlaku.
Selanjutnya Gabungan telah menghubungi BPSBP untuk mengetahui keadaan sebenarnya dan seterusnya langkah BPSBP untuk mengelakkan perkara serupa berulang.
Menurut BPSBP debat PTR ini adalah sebenarnya program showcase tahunan SBP dan SDAR telah diberikan mandat untuk menganjurkanya. Namun tanpa dijangka, pemilihan tajuk-tajuk yang kontroversi di peringkat pra-suku akhir telah menimbulkan kekecohan. BPSBP menyedari tentang kejadian berkenaan dan menyatakan akan mengambil langkah penambahbaikan berikut:
1. Mandat agihan tugas penganjuran dan pelaksanaan program showcase tidak akan diberikan sepenuhnya kepada sekolah-sekolah yang berkenaan. Mereka perlu merujuk kepada BPSBP khususnya untuk kelulusan terakhir.
2. BPSBP akan memperkasakan panel penapis tajuk. Penapisan serta kelulusan terakhir akan dilakukan di peringkat BPSBP, sama seperti Piala Perdana Menteri (PPM).
Gabungan bersetuju dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh BPSBP. Bak kata Bahasa Inggeris "things done could not be undone" tetapi kita semua mesti melangkah ke depan dengan lebih berhati-hati supaya objektif mengadakan Piala Tun Razak ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Nasihat serta amaran perlu diberikan dan jika berlaku lagi perkara-perkara yang serupa, maka Gabungan akan menyokong apa saja tindakan yang difikirkan wajar.
Minda pelajar-pelajar SBP perlu dipupuk supaya berkembang dengan positif. Namun Gabungan tidak mahu mandat yang diberikan disalahgunakan dan akhirnya memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar SBP secara keseluruhan.

Azlan Abdullah
Pengerusi
Gabungan Persatuan Alumni SBP

#alumniSAMURA
#SAMURA
#GPASBP
#PTR

Show

Lupa password?

  

Show

Lupa password?

Sila isikan alamat email yang anda daftarkan sebelum ini. Anda akan mendapat password rawak baru di sana.

Kembali ke Login

Tutup