Berita Terkini

Photos from Alumni Samura (Alumni Sekolah Menengah Sains Muar)'s post

04 Aug 2019 9:22 pm

Innalillahi wainna ilaihi rojiun..

*#Surah Al-Imran [ayat 185]*
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Telah sampai khabar duka kepada Alumni Samura dengan kembalinya Mejar Abd Karim B Abu Bakar (SPM96) dini hari ini, 4 Ogos 2019 ke hadapan Allah Yang Maha Pencipta. Beliau yang telah terlantar koma akibat jangkitan paru2@pneumonia dan disyaki menghidapi batuk kering@Tuberkulosis sejak 3 Febuari 2019, diberitakan meninggal dunia pada jam 3 pagi tadi.

Allahyarham semasa hayatnya mempunyai budi pekerti yang disenangi semua. Kehadiran beliau sentiasa menceriakan suasana dengan seloka dan tawa. Pada mata rakan-rakan beliau adalah hamba Allah yang soleh dan sentiasa menjalankan amanahnNya.

Justeru, Alumni Samura mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dijauhkan dari azab kubur serta ditempatkan disyurga bersama-sama hamba-hambanya yang beruntung.

Pada masa yang sama, Alumni Samura juga mendoakan agar balu dan anak-anak beliau serta ahli keluarganya diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Bagi meringankan beban keluarganya disertakan juga akaun bank isteri beliau untuk memberi peluang kepada yang ingin bersedekah kepada isteri dan anak-anaknya. Semoga sedikit sumbangan yang kita berikan dapat meringankan beban mereka.

153056154354(Maybank) - Nor Azimah Abu Bakar

Al-Fatihah.

Show

Lupa password?

  

Show

Lupa password?

Sila isikan alamat email yang anda daftarkan sebelum ini. Anda akan mendapat password rawak baru di sana.

Kembali ke Login

Tutup